November 22, 2013 . 0 word(s) .
Perkara-II yang anda tak tahu tentang diri anda .ღ Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
ღ Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
ღ Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
ღ Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang walaupun dia tidak menyukai anda.
ღ Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
ღ Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
ღ Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
ღ Anda seorang yang istimewa dan unik.
ღ Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
ღ Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
ღ Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
ღ Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya, tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
ღ Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.